Tarikh : 5 November 2011
Selamat maju jaya diucapkan kepada En Basir b Ibrahim dan Pn Salwa Hashim! Encik Basir telah diamanahkan sebagai GPK Pentadbiran manakala Pn Salwa telah diamanahkan sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik di SM Sains Sembrong ; sekali gus menjadi perintis budaya cemerlang di sana. Selepas ini SMS Sembrong dan SMSJ akan bersaing secara sihat dalam menuju kecemerlangan. Segala jasa dan bakti mereka akan terus diabadikan dalam album SMSJ.

No comments:
Post a Comment